Faedah penggunaan air anti-oksida beralkali sangat meluas. Diseluruh dunia, kesedaran mengurangkan kandungan asid di dalam badan sangat dititikberatkan.
Penulis buku pH Miracle Living, iaitu pasangan Robert dan Shelly Young menyatakan "Penyakit bukanlah mengenai sel atau organ, ia adalah mengenai hidrasi dan kualiti cecair tubuh yang mengelilingi sel-sel yang membentuk tisu dan organ kita. Untuk mengekalkan keseimbangan semulajadi pH tubuh badan kita bagi kesihatan yang optima, air yang distruktur dan diionkan yang kaya dengan anti-oksidan dan mineral-mineral alkali perlu diminum."
Oleh itu, penggunaan air anti-oksida beralkali amat sesuai dan perlu digunakan oleh semua golongan masyarakat seperti ibu mengandung, bayi, ahli sukan, serta semua manusia dari segenap lapangan.
Pengarang buku Detox Or Die, Dr. Sherry Rogers pula menerangkan, air alkali membantu mengeluarkan sisa buangan asid di dalam tubuh. Setelah beliau menilai semula nasihat yang diberikan kepada beratus individu, beliau yakin keracunan di dalam bentuk keasidan adalah punca utama penyakit-penyakit peringkat usia.
Air Anti-oksida beralkali penting dalam usaha pencegahan awal penyakit-penyakit kronik dan merbahaya yang berpunca dari asid dan radikal bebas dalam udara.
Antara penyakit-penyakit tersebut adalah :
- Gout(gaut)
- Kanser
- Darah Tinggi
- Darah Rendah
- Penyakit Buah Pinggang
- Osteoporosis
- Sembelit
- Kencing Manis